Tuesday 16 July 2013

PeLuAnG

peluang adalah sesuatu yang sgt sukar untuk diperolehi..sekiranya anda di beri peluang untuk melakukan sesuatu jngn lepaskan peluang yang ada itu.. hargailah peluang itu kerana anda mungkin tidak kan diberi peluang kedua untuk melakukan perkara tersebut dan kesudahan nya anda akan menyesal seumur hidup..

Sunday 21 April 2013

ApA KaTa HaTi????

apabila hati sudah terdetik untuk mencintai sesesorang tiap-tiap masa kita akan igt dekat orang tu...yang lagi menyedihkan apabila orang tu tak tahu yang kita sebenarnya sukakan dia..tapi hati ni pelik tau..bila hati ni dekat je ngn orang tu pandang pun tak..bila jumpa pulak buat-buat tak nampak..bila dia datang dekat ngn hati ni, buat-buat sedang buat kerja

Sunday 24 March 2013

kEna Tipu / aDa HiKmaH DiseBaLIknya????

semalam aku pergi ketapak tg2km dekat kolej aku..korang mesti tak tahu tg2km tu apa kan???tg2km tu adalah festival yang diadakan di kolej ku iaitu kolej keris mas..macam2 gerai yang ada kat situ..ok kita skip dulu pasal tg2km ni..aku nak ceritakan apa yang terjadi semalam..aku dengan kawan2 aku saje jalan2 cari makan tiba2 kitaorang lalu dekat gerai yang bersebelahan dengan pameran kereta myvi ni...tiba2 orang yang menjaga gerai tu ajak kitaorang masuk..mula2 tu ingat tak nak masuk tapi diorang paksa gak kitaorang masuk gerai tu..kitaorang pun masuk lar ke dalaam gerai tu..aku ingatkan diorang nak cerita psal kereta myvi kat sebelah ni, mana tau nak citer cmner nak beli kereta myvi tu kan..rupa2nyadiorang nak cter psal belajar bi...ok waktu tuh aku dah rasa nak lari sebab aku dah bnyak kali dengar psal belajar bi sendiri ni lepas tu diorang akan bekalkan kitaorang peralatan untuk belajar ni..tapi yang aku tak tahannya bayaran dia mahal sangat 2 ribu lebih kot..mana aku ada duit nak bayar kan...waktu tu aku nak sangat lari dai situ tapi tak tahu camner..lagipun aku ngn kawan2 aku di pisahkan..aku pun sabar dan dengar je apa yang orang kat situ ckp..tiba2 hbis je dia ckap dia mintak i/c aku...aku sebenarnya tak nak lagi daftar benda tu ingat nak fikir dulu tak pun bincang dengan kawan dulu tapi orang kat situ macam tak kasi aku bincang dengan kawan aku..bila aku cakap aku nak bincang gengan kawan aku, dia tanya umur aku berapa? aku ada akal x? aku ad fikiran x? pergh sekali aku terkena dengan abang sengal...tak terkata plak aku bila dia cakap camtu..lepas tu aku pun kena basuh dengan abang tu dan tak boleh nak lari dah..aku tak leh nak bangkang dah apa yang dia cakap tu..terpaksa lar aku bagi i/c aku tu..dan waktu tu jugak aku kena bayar 249 untuk yuran pendaftaran dan 106 setiap bulan selama 19 bulan...jumlah semuanya 2232 kot.. aku pun tak ingat dah tapi lebih 2 riba lar..lepas tu aku kena isi borang perjanjian...yang aku tak boleh nak terima disebabkan aku kwan aku yang dua orang lagi tu pun jadi terbeli jugak benda alah ni...lepas habis semua tu kitaorang pun balik..otw balik tu baru kitaorang terfikir asal kitaorang habiskan 2 ribu lebih untuk benda tu???kitorang baru terfikir kesan beli benda lah tu... lagipun kitaorang ni bukan kaya sangat..memang lar kitaorang ada yang dapat jpa dan ada yaang dapat ptptn..tapi orang yang dapat jpa ni tidaklah kaya seperti yang disangka..aku asyik menyesal kenapa waktu beli tu aku tak fikir baik2...adakah apa yang terjadi semalam satu hikmah bagi aku dan kawan2 aku???aku harap apa yang terjadi semalam ada hikmah disebaliknya kan...dan aku harap aku reda dengan apa yang terjadi semalam... 

Wednesday 20 March 2013

PeRuBaHaN...!!!!

Pelik dan sangat pelik..aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan aku sekarang..banyak sangat benda yang berubah dalam diri aku searang..dari sikap aku ke semua benda yang aku lakukan sangat membuatkan aku hairan..kawan baik aku sendiri tegur yang sikap dan perangai aku sangat pelik...aku boleh jadi seorang yang sangat gembira pada satu2 masa dan tiba2 akan jadi seorang yang pendiam on the spot..ada satu ptg tu aku sangat happy..lepas tu gelak sampai sakit perut ..tiba2 malam tu aku boleh je diam pastu buat muka sedih...kawan baik aku pun tegur asal dengan aku ni..ada masalah ke..tapi serius aku memang tak de apa2  masalah pun...masa tu barulah aku sedar yang aku sangat lar pelik sekarang..sampai tadi aku dah fikir yang bukan-bukan plak..aku harap sangat apa yang aku fikir tentang perubahan aku ni tidak akn terjadi.. lagi2 minggu ni aku buat keputusan mendadak kot nak balik rumah...ni lagi satu perkara pelik yang aku buat..sebelum ni kalau setakat cuti 2-3 hari ni aku x  balik rumah.. aku akan balik waktu cuti midsem ngn cuti sem je.tiket mahal kot nak blek kelantan tu..sekali beli seratus..tapi kali ni aku snggup korbankan duit seratus semata2 untuk cuti 2-3 hari ni je dekat rumah..harap2 perjalanan balik rumah aku selamat sehinggalah aku balik ukam nanti ye...harap2 apa yang aku fikir itu tidak terjadi..dan aku harap perubahan yang aku alami ni bukan lar petanda untuk sesuatu yang buruk...wallahualam...sekian....

Sunday 24 February 2013

KoLeKsI AyAt- AyAt CiNtA

Assalamualaikum..aku ada baca dekat facebook tentang koleksi ayat- ayat cinta ni..banyak jugaklah kata-kata motivasi yang aku dapat ni..aku ingat nak share dengan korang..sekadar untung renungan kita bersama...







Thursday 21 February 2013

DuGaAn + MaSaLah

dah lama tak post dekat blog ni..hari ni rasa macam tergerak hati untuk post dekat blog..setiap orang pasti akan alami pelbagai dugaan dan masalah dalam hidup kan.. sama lah dengan aku dan alhamdulillah setakat ini segala dugaan dan masalah aku dapat atasi dengan bantuan Allah S.W.T..sesungguhnya hanya kepadaNYA lar tempat aku sentiasa mengadu masalah yang aku hadapi serta tempat aku meminta kekuatan agar aku terus kuat dalam menghadapi segala dugaan dan masallah yang aku alami..aku pernah diduga sehinggakan aku rasa seperti aku tidak dapat lagi menanggung segala beban yang aku terima itu..tapi aku beruntung kerana masih ada DIA yang selalu berada di sisi aku ketika  susah dan senang..tanpa DIA aku tak tahu sama ada aku dapat bertahan atau tidak untuk terus hidup didunia ini..tengah2 aku cerita pasal benda ni semua tiba2 aku dapat masalah baru lagi..serabut kepala aku dibuatnya..aku harap dapat lah aku selesaikan masalah ni...masalah ni pun macam berat sikit..tak tau nak citer dekat sapew..aku hanya dapat luahkan masalah aku dekat blog ni..masalah ni macam berat sikit sampai waktu aku menaip ni pun aku rasa macam nak menangis je ni..harap2 aku dapat lah selesaikan masalah ini..aku pun harapkan sangat DIA yang selalu menemani aku selama ini dapat memberi aku kekuatan dan penyelesaian yang dapat membantu aku menyelesaikan masalah ini..korang doakan aku ya agar dapat selesaikan masalah ini..