Friday 26 October 2012
PeNgaLamAN PaHIt DI HaRi RAya
Sempena hari raya aidiladha ini aku juga ingin post mengenai pengalaman raya ku kali ni.Sesungguhnya raya aku kali ini adalah raya yang paling teruk pernah aku alami dan aku harap selepas ini aku tidak akan alami raya seperti ini lagi..ok nak dijadikan cerita;~
Sebulan sebelum raya semua kawan-kawan aku sibuk cari tiket dan aku buat cam biasa je sebab aku ingatkan tiket tu banyak lagi. Dah nak dekat 3 minggu sebelum raya aku mintak tolong bapa saudara aku tolong belikan tiket. Sekali bapa saudara aku tu bagitau tiket nak balik kelantan dah habis. Ok waktu tu aku rasa macam nak nangis je. tapi disebabkan dekat Selangor dan Kuala Lumpur ni ramai bapa saudara aku sedapkan hati aku untuk beraya dekat rumah bapa saudara aku dekat Rawang. Lagipun bapa saudara aku ni pula rajin nak datang ambil dekat UKM ni. Dia janji nak datang ambil pukul 7 sekali dia datang awal pula dalam pukul 4 lebih. Kalut pulak aku simpan baju untuk balik. Bila dia dah sampai tu aku terpaksa minta tolong dia hantar aku pergi FEP sebab nak hantar barang dekat seseorang. Dah habis hantar barang tu tiba-tiba selipar aaku tercabut tapak. Aku dah tak boleh fikir apa lagi terpaksa bertahan sampailah aku tiba dekat rumah bapa saudara aku tu. Sampai dekat sana baru aku teringat yang aku lupa bawa berus gigi dan baju kurung untuk raya. Masa tu aku terfikir betapa malangnyer nasib aku. DAh lar tak dapat balik raya dekat kampung lepas tu selipar rosak, baju raya pula lupa nak bawa balik sekali.. Dan akhir sekali pada pagi raya tu terpaksa lah aku beraya dengan pakai seluar slack dengan t-shirt je. Aku pun dah menyesal giler. Lepas ni memang aku takkan beli tiket last minit macam tu lagi.. Serik kot bila jadi macam ni. Dah lar ni kali pertama aku beraya tanpa mak ayah aku.Apa-apa pun aku ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua yang mengenali aku..
Tuesday 16 October 2012
PeNgeNalAn IfoLio
Assalamualaikum semua..Hari ni saya akan mulakan post bertema saya. Dah lama sangat saya fikir macam mana nak mulakan post bertema ni. Jadi hari ni saya akan cuba memulakan post bertema ini. Ok untuk pengetahuan anda semua ifolio adalah sistem baru yang digunakan di UKM. Sistem ini mula digunakan pada semester 1 2012/2013. Sebelum ini sistem yang digunakan adalah Spin. Untuk mengakses ke program ifolio ini pensyarah perlu menggunakan ID UKMPer dan kata laluan seperti dalam eWarga, manakala bagi pelajar UKM, anda boleh mengakses ke program ifolio ini dengan menggunakan ID nombor matrik dan kata laluan seperti dalam SMPWeb. Ifolio juga mempunyai banyak kebaikan berbanding Spin. Antaranya ialah
- pensyarah dapat berhubung dengan plajar dengan lebih mudah.
- pensyarah juga dapat memuat naik nota-nota serta soalan tutorial dengan lebih cepat.
- dalam ifolio juga terdapat ruangan perbincangan di mana pelajar dan pensyarah dapat berbincang pelbagai soalan yang diajukan.
- pelajar-pelajar juga boleh bertanya soalan mengenai tugasan serta soalan tutorial melalui ifolio kepada pensyarah mereka.
Friday 12 October 2012
TiDak IkHlas: DiSEret Ke NerAka
Hai semua...dah lama sangat tak post dekat blog ni...sibuk sangat, tambahan pula tak ada idea nak post apa dekat blog ni..ni pun baru dapat idea nak post sebab tadi baca majalah solusi ingat nak kongsi sikit apa yang saya baca ni..semoga boleh jadi pengajaran nanti. ok tadi saya ada baca mengenai orang yang tidak ikhlas diseret ke neraka. Nak dijadikan cerita :
Abu Hurairah mendengar s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Mula-mula manusia yang akan diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang gugur dalam medan peperangan. Dia didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat yang telah Allah berikan kepadanyasemasa didunia sehingga dia nmelihatnya. Allah bertanya:' Apakah yang telah kamu buat ke atas nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: ' Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur syahid.'
Allah berfirman: ' Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu digelar seorang yang berani dan gelaran itu telah diberikan.' Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.
"Kemudian orang yang Allah luaskan dan kurniakan kepadanya berbagai-bagai jenis harta seluruhnya, dia didatangkan kepada Allah lalu diperlihatkan nikmat-Nya yang telah diberikan kepadanya sehingga dia melihatnya, Allah bertanya:'Apa yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: 'Aku tidak meninggalkan satu jalan yang Engkau sukai supaya bersedekah kerana-Mu.'
Allah berfirman: 'Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya disebut sebagai dermawan, dan gelaran tersebut telah diberikan.' Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka..
Ok, saya harap anda semua dah baca cerita di atas. Pengajaran yang saya dapat kongsikan kepada anda semua terutamanya dengan keadaan kita sebagai seorang pelajar ialah janganlah kita belajar hanya semata-mata untuk ujian yang kita perlu ambil dan hendak mengejar PNGK 4.0. Sepatutnya kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. Sesungguhnya apabila kita ikhlas melakukan sesuatu Allah s.w.t, akan sentiasa merahmati kita..
Thursday 4 October 2012
SaLam PeNgEnalaN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok saya sebenarnya tidak tahu macam mana nak mulakan post ni. saya pun sebelum ni tak pernah buat blog dan tak pernah tau cara nak buat blog. ni kira pengalaman pertama saya buat blog dan post benda-benda macam ni. saya pun tak pernah sangka bila datang dekat ukm ni kena buat benda-benda macam ni. tapi saya jadikan ini satu pengalaman baru dalam hidup saya iaitu mempunyai blog sendiri. saya harap saya boleh jadikan blog ini menarik dan dapat mengisi banyak maklumat untuk semua yang sudi baca blog saya ni. pada mentor saya iaitu Kak Natasha dan Kak Rohana boleh lar turunkan ilmu membuat blog akak sebelum ni kepada saya ya. oh lupa plak nak kenalkan diri. nama saya Satirah Binti Zainudin korang semua boleh panggil saya satirah. ok korang semua mesti nak tahu tema untuk blog saya kan. tema untuk blog saya ialah IFOLIO. bagus tak.haha.ok saya tahu tema blog saya ni membosankan dan saya sendiri pun tak tahu nak post apa mengenai ifolio ni, tapi bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. rasanya betul kot. kalau rasa salah tolong betulkan ya. jadi saya akan cuba buat agar post mengenai ifolio ini lebih menarik. sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)