Friday 26 October 2012

PeNgaLamAN PaHIt DI HaRi RAya

Sempena hari raya aidiladha ini aku juga ingin post mengenai pengalaman raya ku kali ni.Sesungguhnya raya aku kali ini adalah raya yang paling teruk pernah aku alami dan aku harap selepas ini aku tidak akan alami raya seperti ini lagi..ok nak dijadikan cerita;~ Sebulan sebelum raya semua kawan-kawan aku sibuk cari tiket dan aku buat cam biasa je sebab aku ingatkan tiket tu banyak lagi. Dah nak dekat 3 minggu sebelum raya aku mintak tolong bapa saudara aku tolong belikan tiket. Sekali bapa saudara aku tu bagitau tiket nak balik kelantan dah habis. Ok waktu tu aku rasa macam nak nangis je. tapi disebabkan dekat Selangor dan Kuala Lumpur ni ramai bapa saudara aku sedapkan hati aku untuk beraya dekat rumah bapa saudara aku dekat Rawang. Lagipun bapa saudara aku ni pula rajin nak datang ambil dekat UKM ni. Dia janji nak datang ambil pukul 7 sekali dia datang awal pula dalam pukul 4 lebih. Kalut pulak aku simpan baju untuk balik. Bila dia dah sampai tu aku terpaksa minta tolong dia hantar aku pergi FEP sebab nak hantar barang dekat seseorang. Dah habis hantar barang tu tiba-tiba selipar aaku tercabut tapak. Aku dah tak boleh fikir apa lagi terpaksa bertahan sampailah aku tiba dekat rumah bapa saudara aku tu. Sampai dekat sana baru aku teringat yang aku lupa bawa berus gigi dan baju kurung untuk raya. Masa tu aku terfikir betapa malangnyer nasib aku. DAh lar tak dapat balik raya dekat kampung lepas tu selipar rosak, baju raya pula lupa nak bawa balik sekali.. Dan akhir sekali pada pagi raya tu terpaksa lah aku beraya dengan pakai seluar slack dengan t-shirt je. Aku pun dah menyesal giler. Lepas ni memang aku takkan beli tiket last minit macam tu lagi.. Serik kot bila jadi macam ni. Dah lar ni kali pertama aku beraya tanpa mak ayah aku.Apa-apa pun aku ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua yang mengenali aku..

No comments:

Post a Comment