Friday 12 October 2012

TiDak IkHlas: DiSEret Ke NerAka

Hai semua...dah lama sangat tak post dekat blog ni...sibuk sangat, tambahan pula tak ada idea nak post apa dekat blog ni..ni pun baru dapat idea nak post sebab tadi baca majalah solusi ingat nak kongsi sikit apa yang saya baca ni..semoga boleh jadi pengajaran nanti. ok tadi saya ada baca mengenai orang yang tidak ikhlas diseret ke neraka. Nak dijadikan cerita :


Abu Hurairah mendengar s.a.w bersabda yang bermaksud:
   "Mula-mula manusia yang akan diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang gugur dalam medan peperangan. Dia didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat yang telah Allah berikan kepadanyasemasa didunia sehingga dia nmelihatnya. Allah bertanya:' Apakah yang telah kamu buat ke atas nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: ' Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur syahid.'
    Allah berfirman: ' Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu digelar seorang  yang berani dan gelaran itu telah diberikan.' Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.
     "Kemudian orang yang Allah luaskan dan kurniakan kepadanya berbagai-bagai jenis harta seluruhnya, dia didatangkan kepada Allah lalu diperlihatkan nikmat-Nya yang telah diberikan kepadanya sehingga dia melihatnya,  Allah bertanya:'Apa yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: 'Aku tidak meninggalkan satu jalan yang Engkau sukai supaya bersedekah kerana-Mu.'
     Allah berfirman: 'Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya disebut sebagai dermawan, dan gelaran tersebut telah diberikan.' Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka..

Ok, saya harap anda semua dah baca cerita di atas. Pengajaran yang saya dapat kongsikan kepada anda semua terutamanya dengan keadaan kita sebagai seorang pelajar ialah janganlah kita belajar hanya semata-mata untuk ujian yang kita perlu ambil dan hendak mengejar PNGK 4.0. Sepatutnya kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. Sesungguhnya apabila kita ikhlas melakukan sesuatu Allah s.w.t, akan sentiasa merahmati kita..


No comments:

Post a Comment