Thursday 29 November 2012

JoM GeLaK KeJap

ORANG ASLI

Cerita ini berlaku di satu perkampungan orang asli sewaktu sekumpulan askar datang membuat rondaan di kampung itu.. Tiba- tiba sekumpulan askar itu terjumpa sungai.. Di tepi sungai itu ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya.. Askar ini sebenarnya lapar dan mahu menangkap ikan di dalam sungai itu untuk dipanggang.. Seorang daripada askar itu pun menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu.. Ye lar kan.. Kena mintak izin dulu.. Mana lar tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok, banyak tak ikan dalam sungai ni???

IfOliO- TuToRiAl JoiN GrOuP Di IfOlio

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kongsikan cara bagaimana korang nak join group di ifolio. Sebelum ni kan aku ada kongsikan tutorial untuk pensyarah buat group di ifolio. Kali ni aku buat tutorial untuk korang semua tahu macam mana nak join group yang telah di buat oleh pensyarah sekiranya pensyarah tidak menetapkan ifolio untuk memilih ahli group tersebut. Ok langkah pertama korang buka ifolio korang. 


Jadi korang akan dapat macam ni kan... Lepas tu korang pilih subjek mana yang pensyarah korang dah buat group tu lepas tu pilih subjek tu.

Lepas tu korang akan dapat macam ni kan. Korang pilih link group untuk langkah seterusnya.

Friday 23 November 2012

IfOliO- TuToRiAl BuAt PenGuMuMan Di IfOliO

Hai semua.. Hari ni saya akan teruskan tutorial ifolio saya dengan tutorial untuk membuat pengumuman di ifolio plak.. Korang mesti nak tahu kan macam mana pensyarah kita buat pengumuman di ifolio dan macam mana pengumuman yang di buat tu boleh sampai ke emel kita juga. Pengumuman yang di buat oleh pensyarah kita memang akan sampai dekat emel kita kerana ifolio memang berhubung terus dengan emel kita.. Pengumuman yang di buat oleh pensyarah ni sangat penting kerana bermacam pengumuman yang akan di buat oleh pensyarah di ifolio seperti kuiz. Kalau kita terlepas untuk baca pengumuman tersebut kita tidak akan tahu berita pasal kuliah yang akan dibuat serta kuiz yang akan dilakukan oleh pensyarah kita. Jadi rajin- rajinkan lah diri korang untuk sentiasa buka ifolio dan emel korang..Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tutorial ini korang boleh tengok video tutorial di bawah ini..





CeRitA DaN HiKmAh BerPuAsA PaDa 10 MuHaRRaM


Assalamualaikum semua..
Hari ni aku nak ceritakan tentang hikmah jika kita berpuasa pada 10 Muharram ni.. Aku yakin korang semua mesti tahu kelebihan bulan Muharram ni yang juga bulan yang agung lagi penuh berkah ini. Bulan Muharram juga bulan yang afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan terutamanya pada 10 Muharram.
      Daripada Abi Hurairah r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
      Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Pertama aku nak ceritakan kepada korang semua apa yang terjadi pada 10 Muharram ni sampaikan Rasulullah berpuasa pada tarikh ni.. Mana tahu ada dalam kalangan korang semua yang tak tahu lagi apa peristiwa yang terjadi pada 10 Muharram ni kan..
Ceritanya seperti yang aku tulis di bawah..hehe.. Sebenarnya cerita ni aku copy dekat internet je..
        " Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahawa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi) "

Hikmah puasa pada hari ' asyura ( 10 Muharram)

       Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Ok sekian sahaja daripada aku tentang puasa pada 10 Muharram... 

Thursday 22 November 2012

IfOliO- TuToRiAl MemBuaT GrOuP Di IfOliO

Assalamualaikum.. Hari ni saya akan post tutorial tentang bagaimana nak buat group di ifolio.. Pensyarah terutamanya amat memerlukan tutorial ini sekiranya mereka ingin membuat group di ifolio.. Melalui tutorial ini pensyarah dapat membuat group di mana pelajar boleh memilih group mana yang mereka hendak join.. Selain itu melalui tutorial ini juga pensyarah boleh menggunakan ifolio dalam menentukan ahli kumpulan yang akan ada dalam group yang pensyarah wujudkan.. Di bawah ini saya ada sediakan video tutorial untuk  buat group di ifolio..


Harap dengan tutorial ini dapat membantu anda untuk membuat group di ifolio.. Sekian hingga berjumpa lagi di tutorial ifolio yang akan datang...

Wednesday 21 November 2012

MuTiArA KaTa

Hai semua.. Hari ni sebenarnya aku tak ada tajuk nak post. Dah puas fikir nak post pasal tajuk apa tapi tak jugak jumpa.. Tapi tangan ni plak macam gatal je nak post dekat blog aku ni.. Tengah aku fikir nak post pasal apa terjumpa plak pasal mutiara kata dekat google ni.. Bagus jugak p.cik google ni tolong bagi idea plak untuk aku nak post dekat blog ni.. Jadi dekat bawah ni ada beberapa mutiara kata yang korang boleh baca.. Ada untuk sahabat dan tentang cinta pun ada..
















Tuesday 20 November 2012

BiLa CiNtA BeRpUtIk. AdAkAh DiA JoDoHkU??

Ok untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya baca dari web i luv islam..Ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama dan tak ada kaitan dengan saya atau sesiapa pun.

"Tiada terfikir,

Terlintas Engkau akan tiba,

Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,

Engkaukan membuka,

Sempadan perasaan.

Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"

Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah. Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi. Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti? Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan. Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini. Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.


Harap anda semua dapat fahami dan renungkanlah apa yang sebenarnya artikel ini ingin sampaikan kepada kita..Sekian......





Monday 19 November 2012

SaHaBat SeJaTi KeKaL SepaNjanG HaYat

Sahabat!!! Saya pasti setiap orang pasti ada sahabat-sahabat yang mereka sayangi. Saya juga pasti orang yang hidup di dunia ini kalau tak ada sahabat adalah orang yang paling kesian di dunia ni. Tapi adakah sahabat yang bersama anda semua itu adalah betul sahabat sejati anda yang akan kekal sampai bila-bila??? Sesungguhnya untuk mencari sahabat sejati amatlah sukar. Saya sendiri mengalami kesusahan untuk mencari sahabat sejati. Orang kata sahabat sejati adalah sahabat di mana dia akan sentiasa berada dengan kita sama ada di kala susah atau senang, ketika kita gembira atau menangis dan ketika kita sihat atau sakit. Sahabat yang sebegini memang susah untuk di cari. Jadi hargailah sahabat anda sekiranya anda yakin bahawa dia adalah sahabat sejati anda. Jagalah hubungan anda dengan sahabat sejati anda kerana mereka pasti akan sentiasa menemani anda dalam apa jua keadaan. Saya hanyalah ingin kongsikan ini untuk renungan kita bersama dan sesungguhnya saya amat menyayangi sahabat-sahabat saya. Tanpa mereka siapalah saya..






      

IfOlio - KeleBiHaN DaN KelEmAhaN

Ok kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan dan kelemahan ifolio..Saya rasa ada di antara kalangan kita tidak tahu mengenai kelebihan dan kelemahan ifolio ini. Untuk pengetahuan anda semua kelebihan dan kelemahan ini adalah mengikut kajian saya sendiri. Saya telah cuba mencari tentang kelebihan dan kelemahan ini di internet tapi tak jumpa. Jadi saya telah membuat kajian sendiri mengenai kelebihan dan kelemahan ifolio. Lagipun pengalaman saya menggunakan ifolio selama nak dekat 5 bulan dah ni boleh lar saya gunakan dalam mengkaji kelebihan dan kelemahan ifolio ini..

Kelebihan Ifolio

- Dapat menghubungkan pensyarah dan pelajar dengan cepat dan mudah tanpa memerlukan pelajar untuk ke bilik pensyarah.
- Memudahkan pensyarah untuk memuat naik tugasan kepada pelajar serta memudahkan pensyarah untuk menyemak jawapan tugasan yang diberikan kepada pelajar kerana pelajar dapat memuat naik jawapan mereka di ifolio.
- Pensyarah boleh membuka ruangan perbincangan untuk pelajar melontar idea mereka dalam ifolio.
- Memudahkan pelajar untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah melalui komen yang diletakkan oleh pelajar dalam ifolio.


Kelemahan Ifolio

- Kadang-kadang pelajar tidak dapat mengakses ifolio kerana masalah yang terdapat pada ifolio itu sendiri.
- Pelajar juga mengalami masalah untuk memuat naik jawapan tugasan yang diberikan oleh pensyarah apabila ifolio tidak boleh diakses.
- Pelajar menjadi malas untuk ke bilik pensyarah apabila adanya ifolio.
- Ifolio mengurangkan komunikasi secara lisan antara pensyarah apabila sering menggunakan ifolio untuk bertanyakan soalan serta menghantar jawapan tugasan.


Harap apa yang saya kongsikan ini dapat diterima oleh anda semua..Seandainya ada salah tentang maklumat yang saya kongsikan ini saya minta maaf kerana ini hanyalah andaian saya sahaja berdasarkan pengalaman yang saya lalui.
Sekian....

Sunday 18 November 2012

JoM SaNtai KeJap

Cerita 1
Kapal dan Duit Syiling
Linda : Mira saya nak bagi awak satu soalan boleh tak??
Mira : Boleh saja..
Linda : Antara kapal dan duit syiling, mana yang paling berat?
Mira : Dah tentulah kapal!
Linda : Salah..! Jawapannya ialah duit syiling.
Mira : Sebabnya? Linda : Sebab kalau kapal diletakkan di atas air, ia tidak akan tenggelam. Tapi kalau duit syiling, ia akan tenggelam..betul tak?
Mira : Hah!! Yelah tu..(bengang)
Cerita 2
Bunga
Setelah lama tidak berjumpa, Mary dan Rose terserempak di sebuah pasaraya.
Mary : Bagaimana kerja awak di kedai bunga tu?
Rose : Saya telah dipecat.
Mary : Kenapa?
Rose : Semasa menguruskan penghantaran bunga kedua buah tempat berbeza iaitu di majlis perkahwinan dan majlis pengebumian, saya telah membuat kesilapan.
Mary : Apa yang telah awak buat?
Rose : Bunga yang sepatutnya di hantar ke majlis pengebumian telah saya hantar ke majlis perkahwinan dengan ucapan ‘takziah’. Manakala bunga berserta kad untuk perkahwinan pula saya hantar terhantar ke majlis pengebumian.
Mary : Apa yang tertulis di kad ucapan itu?
Rose : ‘Tahniah! Semoga berbahagia di kediaman baru anda ‘.
Harap anda semua dapat bersantai dengan lawak yang tidak seberapa ni...

IfOLio- tuTorIaL UnTuk MeMbuaT RuanGan TasK

Assalamualaikum..Untuk post saya kali ini saya post tutorial bagi pensyarah untuk memuat naik tugasan yang ingin diberikan kepada pelajar mereka melalui ifolio. Tutorial ini mengajar pensyarah macam mana hendak memuat naik tugasan untuk pelajar mereka. juga boleh menentukan kumpulan untuk pelajar mereka melalui task ini. Selain itu pensyarah juga dapat membuat satu ruang bagi pelajar mereka untuk memuat naik jawapan mereka bagi tugasan yang pensyarah telah berikan. Ini dapat memudahkan pensyarah untuk menyemak jawapan yang pelajar mereka berikan dengan cepat dan mudah. Harap dengan tutorial ini dapat lah anda semua tahu macam mana nak memuat naik tugasan di ifolio terutamanya kepada pensyarah yang menggunakan ifolio...