Ok kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan dan kelemahan ifolio..Saya rasa ada di antara kalangan kita tidak tahu mengenai kelebihan dan kelemahan ifolio ini. Untuk pengetahuan anda semua kelebihan dan kelemahan ini adalah mengikut kajian saya sendiri. Saya telah cuba mencari tentang kelebihan dan kelemahan ini di internet tapi tak jumpa. Jadi saya telah membuat kajian sendiri mengenai kelebihan dan kelemahan ifolio. Lagipun pengalaman saya menggunakan ifolio selama nak dekat 5 bulan dah ni boleh lar saya gunakan dalam mengkaji kelebihan dan kelemahan ifolio ini..
Kelebihan Ifolio
- Dapat menghubungkan pensyarah dan pelajar dengan cepat dan mudah tanpa memerlukan pelajar untuk ke bilik pensyarah.
- Memudahkan pensyarah untuk memuat naik tugasan kepada pelajar serta memudahkan pensyarah untuk menyemak jawapan tugasan yang diberikan kepada pelajar kerana pelajar dapat memuat naik jawapan mereka di ifolio.
- Pensyarah boleh membuka ruangan perbincangan untuk pelajar melontar idea mereka dalam ifolio.
- Memudahkan pelajar untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah melalui komen yang diletakkan oleh pelajar dalam ifolio.
Kelemahan Ifolio
- Kadang-kadang pelajar tidak dapat mengakses ifolio kerana masalah yang terdapat pada ifolio itu sendiri.
- Pelajar juga mengalami masalah untuk memuat naik jawapan tugasan yang diberikan oleh pensyarah apabila ifolio tidak boleh diakses.
- Pelajar menjadi malas untuk ke bilik pensyarah apabila adanya ifolio.
- Ifolio mengurangkan komunikasi secara lisan antara pensyarah apabila sering menggunakan ifolio untuk bertanyakan soalan serta menghantar jawapan tugasan.
Harap apa yang saya kongsikan ini dapat diterima oleh anda semua..Seandainya ada salah tentang maklumat yang saya kongsikan ini saya minta maaf kerana ini hanyalah andaian saya sahaja berdasarkan pengalaman yang saya lalui.
Sekian....
No comments:
Post a Comment