Friday 23 November 2012

CeRitA DaN HiKmAh BerPuAsA PaDa 10 MuHaRRaM


Assalamualaikum semua..
Hari ni aku nak ceritakan tentang hikmah jika kita berpuasa pada 10 Muharram ni.. Aku yakin korang semua mesti tahu kelebihan bulan Muharram ni yang juga bulan yang agung lagi penuh berkah ini. Bulan Muharram juga bulan yang afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan terutamanya pada 10 Muharram.
      Daripada Abi Hurairah r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
      Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Pertama aku nak ceritakan kepada korang semua apa yang terjadi pada 10 Muharram ni sampaikan Rasulullah berpuasa pada tarikh ni.. Mana tahu ada dalam kalangan korang semua yang tak tahu lagi apa peristiwa yang terjadi pada 10 Muharram ni kan..
Ceritanya seperti yang aku tulis di bawah..hehe.. Sebenarnya cerita ni aku copy dekat internet je..
        " Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahawa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi) "

Hikmah puasa pada hari ' asyura ( 10 Muharram)

       Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Ok sekian sahaja daripada aku tentang puasa pada 10 Muharram... 

No comments:

Post a Comment