sedar tak sedar esok kita dah nak melangkah ke satu lagi tahun baru..tak sangka juga umur aku dah menjadi 20 tahun padahal realitinya aku tak sampai 20 tahun lagi..aku pun tak lama lagi akan meninggalkan zaman remaja belasan tahun.. biasa lar kan tiap- tiap awal tahun baru setiap orang akan ada azam tahun baru.. sama lar juga dengan aku.. dan normal juga bagi seorang pelajar akan buat azam baru pada setiap tahun iaitu untuk belajar bersungguh- sungguh dan dapat keputusan exam yang baik.. aku pun macam tu juga.. tapi tahun baru kali ni tak dapat aku rasai sangat sebab terlalu risau dengan exam yang dah dekat ni.. namun aku masih sempat buat azam baru aku untuk tahun 2012 ni.. azam yang pertama seperti yang aku cakapkan kat atas tadi.. memang tu azam yang wajib bagi aku tiap-tiap tahun selagi aku tak habis belajar ni.. azam yang seterusnya adalah aku nak menjadi lebih baik dari tahun sebelum ni iaitu tahun 2012..
Monday 31 December 2012
HaRi InTeRaKsI EnAcTuS/ SiFe UkM
kali ni aku nak cerita suka duka dan aku lalui sewaktu program interaksi antara ahli enactus atau sife ukm.. dalam post sebelum ni aku ada bagitahu pasal program yang akan aku lakukan selepas pergi politeknik pd yang buat kitaorang terpaksa balik cepat dari politeknik pd tu nilah program nyer interaksi antara ahli enactus/ sife ukm.. program ini dilakukan selama 2 hari satu malam kerana kekangan masa yang kami alami sebab esoknya kitaorang perlu jalankan aktiviti lain lagi.. minggu aktiviti ni lar minggu paling sibuk bagi aku.. nasib baik lar minggu tu dah mula minggu study week tak de lar aku terikat dengan jadual kelas lagi.. program ni pun di kira sebagai program nak kurangkan stress nak exam jugak lar.. program ni bermula pada pukul 2.30 petang hari jumaat di hutan pendidikan alam sehingga pukul 1.00 petang hari sabtu.. tapi aku sampai lambat cikit sebab pergi ke politeknik pd tu.. banyak aktiviti yang menyeronokkan diadakan di sana antaranya ialah barbeque, jungle trekking dan banyak aktiviti dalam kumpulan diadakan.. aku paling suka waktu aktiviti dalam kumpulan sebab waktu ni paling menyeronokkan.. lagipun ahli kumpulan aku semuanya sporting dan happy go lucky.. sewaktu jungle trekking pun seronok gak tapi yang lawaknyer kitaorang masuk dalam hutan pendidikan alam tu x sampai setengah jam terus jumpa jalan keluar..
Sunday 30 December 2012
PeNgaLaMan PaHit DaN ManIs Di UkM
Dah nak dekat satu semester aku belajar dekat ukm ni dan sekarang exam final pun dah nak dekat.. macam- macam pengalaman pahit dan manis yang aku dapat dekat sini walaupun baru nak dekat satu semester dekat ukm.. apapun pandangan awal aku dekat ukm bangi ni, ukm bangi merupakan u yang terbaik dan sangat sesuai aku belajar dekat sini.. pensyarah-pensyarah dan kawan- kawan kat sini semua baik- baik dan membuatkan aku tak kekok belajar dekat ukm ni... aha aku ada nak cerita pengalaman pahit dan manis aku kat sini.. untuk pengalaman pahit aku dekat ukm ni adalah aku dapat demam paling teruk dalam hidup aku iaitu waktu minggu orientasi dekat ukm ni..semua gara- gara perang dectar yang diadakan di dectar di mana setiap kolej join..tapi kolej aku ni semangat lebih cikit lar sebab tu aku sampai demam..
PeRjaLaNaN Ke PoRt DicKsON, NeGerI SeMbiLan
hai... kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku ke negeri sembilan.. bagus betul lar duk ukm ni aku dapat jalan- jalan banyak tempat.. hari tu aku pergi melaka dan kali ni aku pergi negeri sembilan plak..tak sangka plak aku boleh jadi aktif macam ni dekat ukm ni.. dulu waktu dekat sekolah dengan matrik aku lar orang paling tak aktif.. hehe..ni semua gara-gara lc punya pasal.. ok balik kepada tajuk asal aku pengalaman aku ke negeri sembilan.. kalau korang nak tahu aku ke negeri sembilan sebab nak pergi dengar budak politeknik port dickson buat perbentangan mengenai projek untuk menaik taraf homestay pelegong..kira aku dan budak ukm yang lain ni jadi pemantau dekat politeknik pd tu lar..lagipun waktu tu budak politeknik pd ni buat pertandingan kumpulan mana yang buat perbentangan yang terbaik akan menang.. kumpulan yang menang akan dapat tiket ke guangzhou, china.. best tak hadiah untuk pemenang tu..
StuDy WeeK Vs MaSaLah..
Thursday 27 December 2012
ImPiaN
Semua orang ada impian masing- masing termasuklah aku.. Dulu waktu kecil macam- macam impian yang aku angankan.. tapi bila ingat balik impian tu semua rasa lucu pun ada sebab impian tu ada yang tak masuk akal.. aku yakin korang juga pasti ada macam- macam impian yang korang ingin capai kan.?? aku pun sama.. Sejak aku di tingkatan 1 aku dah mula buat impian baru untuk hidup aku seba impian kau waktu kecil dulu banyak yang tak masuk akal.. aku nak sangat capai impian ni sehinggakan macam-macam yang telah aku lalui untuk mencapai apa yang aku ada sekarang.. Pahit, manis yang aku lalui dulu sangat berbaloi dengan apa yang aku capai sekarang.. Tapi itu semua tidak mencukupi selagi semua impian aku belum tercapai.. masih banyak yang perlu aku lalui untuk mencapai semua impian yang aku inginkan..
Wednesday 19 December 2012
Ifolio- PenuTuP KePaDa IfOliO
Ok..Sekarang kita dah sampai ke penutup kepada ifolio.. Aku rasa dah banyak tutorial yang aku telah buat dan kongsikan dengan korang semua.. Aku harap semua tutorial ini dapat membantu korang dalam menggunakan ifolio ni terutamanya bagi yang mengalami masalah dengan ifolio ni.. Sekiranya korang ingin tahu lebih lagi mengenai tutorial ifolio korang boleh pergi dekat web ifolio dan tekan ruangan guide seperti gambar di bawah ni..
Ifolio- TutoRiAl UpLoadiNg CouRse MatEriAL
Assalamualaikum semua.. Hari ni aku akan teruskan tutorial ifolio yang seterusnya iaitu bagaimana nak upload course material ke ifolio.. Korang mesti nak tahu bagaimana cara pensyarah korang upload course material tu kan.. Lagipun course material ni pun penting sebab nanti yang nak guna maklumat tu kita jugakan.. Aku juga dapat tahu couse material yang telah diupload oleh pensyarah juga tidak boleh dipadam oleh pelajarnya dan hanya pensyarah sahaja yang boleh memadam data tersebut.. Selain itu, dekat ruangan course material ini juga korang boleh upload jawapan-jawapan tutorial korang sekiranya pensyarah korang meminta korang untuk mengupload jawapan korang di situ.. Untuk pengetahuan korang juga jawapan yang korang upload dekat ruangan course material itu juga boleh dilihat oleh pelajar lain yang mana satu kursus dengan korang.. Selain itu jawapan yang korang upload juga tidak boleh dipadam oleh korang sendiri dan hanya pensyarah sahaja boleh memadam segala maklumat yang korang letakkan di ruangan course material..
Monday 17 December 2012
CaR WaSh
Assalamualaikum semua..Baru- baru ni kolej aku ada buat car wash untuk tambah bajet dinner untuk sem depan.. Kalau korang nak tahu ni lar first time aku basuh kereta dalam hidup aku.. Betul aku tak tipu sebelum ni yang cuci kereta tu ayah aku je.. Hehe~ aku bab cuci kereta ni malas sikit.. Bagus juga ada car wash ni boleh aku belajar cuci kereta mana tahu suatu hari nanti aku akan ada kereta sendiri mestilah nanti aku kena cuci kereta tu sendiri kan.. Kalau korang nak tahu waktu mula-mula nak cuci kereta ni serius aku tak tahu nak mula cuci macam mana tengok je ajk lain cuci kereta.
Wednesday 12 December 2012
IFoLiO - TuToRiAl MeNggUnaKan Roster
Ok sekarang aku akan teruskan tutorial ifolio.. Tutorial kali ini adalah mengenai cara bagaimana nak gunakan roster di ifolio.. Melalui roster korang boleh menghubungi rakan sekuliah korang melalui mesej..Melalui mesej ini korang boleh bertukar pandangan dan bertanyakan soalan kepada rakan sekuliah korang.. Bagi pensyarah pula, mereka boleh menghubungi pelajar melalui roster dan juga mengetahui tentang aktiviti pelajar mereka melalui roster ini.. Roster mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar dan juga kepada pensyarah.. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk menggunakan roster anda semua boleh melihat video tutorial di bawah ini..
KeM KeTeRaMpILaN BSMM
Assalamualaikum semua... Dah lama kan aku tak post dekat blog aku ni.. Dah berhabuk pun aku tengok blog aku ni..hehe.. Lama sangat tak post kan.. Aku sibuk sangat kot akhir- akhir ni dengan kem, tutorial, presentation lagi dengan macam- macam masalah lagi nak selesaikan.. Serabutkan hidup aku ni.. Ok biarkan pasal hidup aku tu.. Sekarang aku nak cerita pasal kem yang aku pergi baru- baru ni.. Kem ni kem keterampilan untuk budak tahun satu yang menyertai Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) Detachment 88 H Cawangan UKM.. Kem ini diadakan di UKM ni je dekat Hutan Pendidikan Awam tak silap aku lar.. Hehe.. Dah lupa lar nama tempat tu.. Kalau korang nak tahu kem ni best giler kot.. Mula- mula tu aku ingat nak tarik diri dari join kem ni sebab banyak benda nak kena buat tapi aku pun kuatkan juaga hati aku untuk join kem ni.. Nasib baik aku pergi kem ni kalau tak rugi aku ntak dapat lalui kem yang sangat- sangat menyeronokkan ni.. Banyak aktiviti yang telah dibuat sepanjang kem ni.. Dan yang sangat menarik waktu explorace.. Korang nak tahu tak waktu explorace kumpulan ku dapat tugasan untuk tangkap tiga ekor nyamuk sorang.. Lawak kan..
Wednesday 5 December 2012
Maafkan Kami Gaza dan Syria
Assalamualaikum.. Tadi aku ada jalan- jalan dekat youtube jap.. Saje nak cari cerita baru.. Lepas tu aku ternampak satu link video pasal Ustaz Azhar Idrus ni.. Nampak macam menarik jugak.. Lagipun aku pun minat Ustaz Azhar Idrus ni.. Tajuk video tu "Maafkan Kami Gaza dan Syria.. Bila aku baca tajuk tu terus tergerak hati aku nak tengok video tu.. Ye lar kan tajuk dia pun dah macam menarik aku untuk tengok video tu.. Bila aku tengok video tu rasa terharu sangat dan rasa macam bersalah sangat.. Nak- nak pulak kita ni orang Islam lagi lar akan rasa sedih sangat.. Video ni pun macam bagi kesedaran dekat kau.. Sekarang ni pun kan tengah kalut pasal Gaza kan .. Aku rasa elok sangat korang tengok video ni.. Kalau korang tengok video ni korang mesti akan rasa macam aku rasa ni..
Tuesday 4 December 2012
PeNgaLaman PeRtaMa JeJak KLCC
Hari ni aku nak citer pasal pengalaman pertama aku pergi KLCC.. Korang mesti terkejut kan kalau aku bagitahu yang aku tak pernah pergi KLCC.. Almaklumlah aku ni bukan orang KL atau Selangor yang boleh pergi KLCC nih.. Aku ni orang Kelantan macam mana lar aku nak pergi KLCC ni.. Jauh kot kalau aku nak pergi jalan-jalan dekat KLCC ni... Dulu pun matrik dekat Perlis jauh jugak kalau aku nak jalan-jalan dekat KLCC ni..Bila aku pun dah duk Selangor ni apalagi aku pun ambk lar kesempatan jalan-jalan dekat KLCC ni..Lepas tu nak dijadikan cerita plak masa aku dengan kawan- kawan aku pergi KLCC ni dah lewat.. Hari pun macam dah nak gelap hujan pulak tu.. Tak sempat aku nak naik KLCC tu sempat shopping je dekat situ.. Sedih tak.. Aku pergi sebab nak naik KLCC tu alih-alih jalan dekat bawah je.. Nasib baik gambar sempat ambil..hee~,, Tapi tak pe lain kali aku akan datang lagi.. Lama lagikan aku nak duduk dekat Selangor ni.. Kat bawah ni aku ada masukkan gambar masa dekat KLCC tu..
BrIgEd Al- QassAm
Assalamualaikum.. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai Briged Al- Qassam ni..Kebetulan pula aku kena buat slide pasal Briged Al-Qassam ni. Jadi aku pun rasa nak tahu lebih mendalam pasal briged Al-Qassam. Aku yakin mesti ada antara korang semua yang tak tahu mengenai Briged Al- Qassam. Briged Al- Qassam dinamakan bersempena nama Izz Ad-Din Al- Qassam, ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulann tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo.
Saturday 1 December 2012
IfOlIo - TuToRiAl UploAd JaWaPan TuGaSaN Di Ifolio
Hari ni aku akan teruskan tutorial ifolio saya dengan tutorial untuk upload jawapan tugasan yang diberikan oleh pensyarah di ifolio sekiranya pensyarah ingin pelajar mereka upload di ifolio. Dulu masa pensyarah aku suruh upload jawapan di ifolio ia menjadi masalah juga untuk aku kerana tak pernah tahu pun macam mana nak upload jawapan di ifolio. Nak- nak pulak ifolio tu baru digunakan untuk sem ni. Lepas tu aku cuba dan cuba akhirnya boleh juga upload jawapan tu. Jadi aku nak kongsikan dengan korang semua bagaimana cara nak upload jawapan ni di ifolio. Langkah pertama seperti biasa korang ifolio korang.. Lepas tu korang pilih subjek mana yang pensyarah korang suruh hantar jawapan tu lepas tu tekan link subjek tu seperti yang aku tunjuk dekat bawah ni..
Lepas korang tekan subjek yang korang nak tu, langkah sterusnya korang tekan task plak sperti yang aku tunjuk di bawah..
Subscribe to:
Posts (Atom)