sedar tak sedar esok kita dah nak melangkah ke satu lagi tahun baru..tak sangka juga umur aku dah menjadi 20 tahun padahal realitinya aku tak sampai 20 tahun lagi..aku pun tak lama lagi akan meninggalkan zaman remaja belasan tahun.. biasa lar kan tiap- tiap awal tahun baru setiap orang akan ada azam tahun baru.. sama lar juga dengan aku.. dan normal juga bagi seorang pelajar akan buat azam baru pada setiap tahun iaitu untuk belajar bersungguh- sungguh dan dapat keputusan exam yang baik.. aku pun macam tu juga.. tapi tahun baru kali ni tak dapat aku rasai sangat sebab terlalu risau dengan exam yang dah dekat ni.. namun aku masih sempat buat azam baru aku untuk tahun 2012 ni.. azam yang pertama seperti yang aku cakapkan kat atas tadi.. memang tu azam yang wajib bagi aku tiap-tiap tahun selagi aku tak habis belajar ni.. azam yang seterusnya adalah aku nak menjadi lebih baik dari tahun sebelum ni iaitu tahun 2012..
menjadi lebih baik dari segi akademik, sahsiah dan pelbagai aspek lagi.. hehe..harap-harap korang faham sendiri lar ek.. aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana dah.. azam seterusnya ialah aku nak ambik lesen kereta dengan motor pada tahun 2013 ni.. jeles lar pulak tengok orang bawak motor dengan kereta dekat ukm ni... nak mimpi bawak kereta atau motor dekat ukm ni mustahil sikit sebab mana ada duit nak beli benda tu on the spot lagipun tak ada lesen ada hati pula nak mimpi bawak benda tu dekat ukm ni.... at least kalau aku ambik lesen, kalau nak mimpi bawak benda tu dekat ukm ni tak de lar malu sangat sebab memang dah ada lesen kalau ada duit boleh sewa kereta dapat jugalah action sikit bawa kereta dekat ukm ni..dan azam untuk masa terdekat ni adalah nak buat yang terbaik dalam first exam aku dekat ukm dalam masa terdekat ni..harap dapat lar tunaikan azam ni..tu lar semua azam aku untuk waktu ni..mungkin lepas ni akan bertambah lagi kot.. apa pun aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua.. harap tahun baru ni dapat lar kita buka lembaran baru dalam hidup kita...sekian...
No comments:
Post a Comment