Tuesday 4 December 2012

BrIgEd Al- QassAm

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai Briged Al- Qassam ni..Kebetulan pula aku kena buat slide pasal Briged Al-Qassam ni. Jadi aku pun rasa nak tahu lebih mendalam pasal briged Al-Qassam. Aku yakin mesti ada antara korang semua yang tak tahu mengenai Briged Al- Qassam. Briged Al- Qassam dinamakan bersempena nama Izz Ad-Din Al- Qassam, ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan  pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulann tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo.
Dari 1994 hingga 2000, Briged Al- Qassam melaksanakan beberapa serangan ke atas tentera dan orang Israel. Pada permulaan Kebangkitan Kedua ' Second Intifada', kumpulan ini menjadi sasaran utama Israel. Kekuatan kumpulan dan keupayaannya bagi melaksanakan serangan rumit dan membawa maut mengejutkan ramai pemerhati. Briged Al- Qassam mengoperasi beberapa sel di tebing barat, tetapi kebanyakannya telah dimusnahkan menjelang 2004 selepas sejumlah besar operasi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan tersebut. Sebaliknya, Hamas mengekalkan kehadiran berkuasa di Genting Gaza, umumnya dianggap sebagai kubu kuatnya. Selain itu, tentera Briged Al- Qassam ini bukan hanya terdiri daripada golongan lelaki sahaja tetapi ada juga daripada golongan wanita.. Aku ada terbaca daripada blog seorang blogger ini yang telah ke Gaza dan dia mendapati ada juga tentera wanita dalam Briged Al- Qassam tetapi mereka bukanlah barisan yang paling penting.. Mereka menggunakan tentera waniat apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera Briged Al- Qassam dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Mereka telah menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar sebagai orang biasa.







Di sini kita dapat lihat betapa beraninya tentera Briged Al- Qassam tidak kira lelaki atau wanita mereka sama- sama berjuang mempertahankan negara... Sekian..

No comments:

Post a Comment