Monday 31 December 2012

AzAm BarU TaHun 2013




sedar tak sedar esok kita dah nak melangkah ke satu lagi tahun baru..tak sangka juga umur aku dah menjadi 20 tahun padahal realitinya aku tak sampai 20 tahun lagi..aku pun tak lama lagi akan meninggalkan zaman remaja belasan tahun.. biasa lar kan tiap- tiap awal tahun baru setiap orang akan ada azam tahun baru.. sama lar juga dengan aku.. dan normal juga bagi seorang pelajar akan buat azam baru pada setiap tahun iaitu untuk belajar bersungguh- sungguh dan dapat keputusan exam yang baik.. aku pun macam tu juga.. tapi tahun baru kali ni tak dapat aku rasai sangat sebab terlalu risau dengan exam yang dah dekat ni.. namun aku masih sempat buat azam baru aku untuk tahun 2012 ni.. azam yang pertama seperti yang aku cakapkan kat atas tadi.. memang tu azam yang wajib bagi aku tiap-tiap tahun selagi aku tak habis belajar ni.. azam yang seterusnya adalah aku nak menjadi lebih baik dari tahun sebelum ni iaitu tahun 2012..

HaRi InTeRaKsI EnAcTuS/ SiFe UkM

kali ni aku nak cerita suka duka dan aku lalui sewaktu program interaksi antara ahli enactus atau sife ukm.. dalam post sebelum ni aku ada bagitahu pasal program yang akan aku lakukan selepas pergi politeknik pd yang buat kitaorang terpaksa balik cepat dari politeknik pd tu nilah program nyer interaksi antara ahli enactus/ sife ukm.. program ini dilakukan selama 2 hari satu malam kerana kekangan masa yang kami alami sebab esoknya kitaorang perlu jalankan aktiviti lain lagi.. minggu aktiviti ni lar minggu paling sibuk bagi aku.. nasib baik lar minggu tu dah mula minggu study week tak de lar aku terikat dengan jadual kelas lagi.. program ni pun di kira sebagai program nak kurangkan stress nak exam jugak lar..  program ni bermula pada pukul 2.30 petang hari jumaat di hutan pendidikan alam sehingga pukul 1.00 petang hari sabtu.. tapi aku sampai lambat cikit sebab pergi ke politeknik pd tu.. banyak aktiviti yang menyeronokkan diadakan di sana antaranya ialah barbeque, jungle trekking dan banyak aktiviti dalam kumpulan diadakan.. aku paling suka waktu aktiviti dalam kumpulan sebab waktu ni paling menyeronokkan.. lagipun ahli kumpulan aku semuanya sporting dan happy go lucky.. sewaktu jungle trekking pun seronok gak tapi yang lawaknyer kitaorang masuk dalam hutan pendidikan alam tu x sampai setengah jam terus jumpa jalan keluar..

Sunday 30 December 2012

PeNgaLaMan PaHit DaN ManIs Di UkM

Dah nak dekat satu semester aku belajar dekat ukm ni dan sekarang exam final pun dah nak dekat.. macam- macam pengalaman pahit dan manis yang aku dapat dekat sini walaupun baru nak dekat satu semester dekat ukm.. apapun pandangan awal aku dekat ukm bangi ni, ukm bangi merupakan u yang terbaik dan sangat sesuai aku belajar dekat sini.. pensyarah-pensyarah dan kawan- kawan kat sini semua baik- baik dan membuatkan aku tak kekok belajar dekat ukm ni... aha aku ada nak cerita pengalaman pahit dan manis aku kat sini.. untuk pengalaman pahit aku dekat ukm ni adalah aku dapat demam paling teruk dalam hidup aku iaitu waktu minggu orientasi dekat ukm ni..semua gara- gara perang dectar yang diadakan di dectar di mana setiap kolej join..tapi kolej aku ni semangat lebih cikit lar sebab tu aku sampai demam..

PeRjaLaNaN Ke PoRt DicKsON, NeGerI SeMbiLan

 hai... kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku ke negeri sembilan.. bagus betul lar duk ukm ni aku dapat jalan- jalan banyak tempat.. hari tu aku pergi melaka dan kali ni aku pergi negeri sembilan plak..tak sangka plak aku boleh jadi aktif macam ni dekat ukm ni.. dulu waktu dekat sekolah dengan matrik aku lar orang paling tak aktif.. hehe..ni semua gara-gara lc punya pasal.. ok balik kepada tajuk asal aku pengalaman aku ke negeri sembilan.. kalau korang nak tahu aku ke negeri sembilan sebab nak pergi dengar budak politeknik port dickson buat perbentangan mengenai projek untuk menaik taraf homestay pelegong..kira aku dan budak ukm yang lain ni jadi pemantau dekat politeknik pd tu lar..lagipun waktu tu budak politeknik pd ni buat pertandingan kumpulan mana yang buat perbentangan yang terbaik akan menang.. kumpulan yang menang akan dapat tiket ke guangzhou, china.. best tak hadiah untuk pemenang tu..

StuDy WeeK Vs MaSaLah..

Hai semua.. Kali ni aku nak cerita pasal study week yang aku lalui buat pertama kalinya dekat universiti ni.. kalau korang nak tahu study week dekat u ni jauh bezanya dengan dekat matrik dulu.. waktu dekat matrik aku boleh dikatakan rajin juga lar untuk belajar tu.. tapi tak tahu kenapa waktu dekat u ni aku malas sangat nak belajar.. tiap- tiap hari aku duk layan facebook lepas tu layan movie plak tu.. aku kadang- kadang fikir gak macam mana lar result aku nanti dan harapan mak ayah aku yang aku pegang selama ni.. sampai satu hari aku buat keputusan untuk pergi kolej kawan aku iaitu kolej pendeta zaaba semata-mata nak cari kawan untuk belajar..

Thursday 27 December 2012

ImPiaN

Semua orang ada impian masing- masing termasuklah aku.. Dulu waktu kecil macam- macam impian yang aku angankan.. tapi bila ingat balik impian tu semua rasa lucu pun ada sebab impian tu ada yang tak masuk akal.. aku yakin korang juga pasti ada macam- macam impian yang korang ingin capai kan.?? aku pun sama.. Sejak aku di tingkatan 1 aku dah mula buat impian baru untuk hidup aku seba impian kau waktu kecil dulu banyak yang tak masuk akal.. aku nak sangat capai impian ni sehinggakan macam-macam yang telah aku lalui untuk mencapai apa yang aku ada sekarang.. Pahit, manis yang aku lalui dulu sangat berbaloi dengan apa yang aku capai sekarang.. Tapi itu semua tidak mencukupi selagi semua impian aku belum tercapai.. masih banyak yang perlu aku lalui untuk mencapai semua impian yang aku inginkan..

Wednesday 19 December 2012

Ifolio- PenuTuP KePaDa IfOliO

Ok..Sekarang kita dah sampai ke penutup kepada ifolio.. Aku rasa dah banyak tutorial yang aku telah buat dan kongsikan dengan korang semua.. Aku harap semua tutorial ini dapat membantu korang dalam menggunakan ifolio ni terutamanya bagi yang mengalami masalah dengan ifolio ni.. Sekiranya korang ingin tahu lebih lagi mengenai tutorial ifolio korang boleh pergi dekat web ifolio dan tekan ruangan guide seperti gambar di bawah ni..

Ifolio- TutoRiAl UpLoadiNg CouRse MatEriAL

Assalamualaikum semua.. Hari ni aku akan teruskan tutorial ifolio yang seterusnya iaitu bagaimana nak upload course material ke ifolio.. Korang mesti nak tahu bagaimana cara pensyarah korang upload course material tu kan.. Lagipun course material ni pun penting sebab nanti yang nak guna maklumat tu kita jugakan.. Aku juga dapat tahu couse material yang telah diupload oleh pensyarah juga tidak boleh dipadam oleh pelajarnya dan hanya pensyarah sahaja yang boleh memadam data tersebut.. Selain itu, dekat ruangan course material ini juga korang boleh upload jawapan-jawapan tutorial korang sekiranya pensyarah korang meminta korang untuk mengupload jawapan korang di situ.. Untuk pengetahuan korang juga jawapan yang korang upload dekat ruangan course material itu juga boleh dilihat oleh pelajar lain yang mana satu kursus dengan korang.. Selain itu jawapan yang korang upload juga tidak boleh dipadam oleh korang sendiri dan hanya pensyarah sahaja boleh memadam segala maklumat yang korang letakkan di ruangan course material..

Monday 17 December 2012

CaR WaSh

Assalamualaikum semua..Baru- baru ni kolej aku ada buat car wash untuk tambah bajet dinner untuk sem depan.. Kalau korang nak tahu ni lar first time aku basuh kereta dalam hidup aku.. Betul aku tak tipu sebelum ni yang cuci kereta tu ayah aku je.. Hehe~ aku bab cuci kereta ni malas sikit.. Bagus juga ada car wash ni boleh aku belajar cuci kereta mana tahu suatu hari nanti aku akan ada kereta sendiri mestilah nanti aku kena cuci kereta tu sendiri kan.. Kalau korang nak tahu  waktu mula-mula nak cuci kereta ni serius aku tak tahu nak mula cuci macam mana tengok je ajk lain cuci kereta.

Wednesday 12 December 2012

IFoLiO - TuToRiAl MeNggUnaKan Roster

Ok sekarang aku akan teruskan tutorial ifolio.. Tutorial kali ini adalah mengenai cara bagaimana nak gunakan roster di ifolio.. Melalui roster korang boleh menghubungi rakan sekuliah korang melalui mesej..Melalui mesej ini korang boleh bertukar pandangan dan bertanyakan soalan kepada rakan sekuliah korang.. Bagi pensyarah pula, mereka boleh menghubungi pelajar melalui roster dan juga mengetahui tentang aktiviti pelajar mereka melalui roster ini.. Roster mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar dan juga kepada pensyarah.. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk menggunakan roster anda semua boleh melihat video tutorial di bawah ini..


KeM KeTeRaMpILaN BSMM

Assalamualaikum semua... Dah lama kan aku tak post dekat blog aku ni.. Dah berhabuk pun aku tengok blog aku ni..hehe.. Lama sangat tak post kan.. Aku sibuk sangat kot akhir- akhir ni dengan kem, tutorial, presentation lagi dengan macam- macam masalah lagi nak selesaikan.. Serabutkan hidup aku ni.. Ok biarkan pasal hidup aku tu.. Sekarang aku nak cerita pasal kem yang aku pergi baru- baru ni.. Kem ni kem keterampilan untuk budak tahun satu yang menyertai Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) Detachment 88 H Cawangan UKM.. Kem ini diadakan di UKM ni je dekat Hutan Pendidikan Awam tak silap aku lar.. Hehe.. Dah lupa lar nama tempat tu.. Kalau korang nak tahu kem ni best giler kot.. Mula- mula tu aku ingat nak tarik diri dari join kem ni sebab banyak benda nak kena buat tapi aku pun kuatkan juaga hati aku untuk join kem ni.. Nasib baik aku pergi kem ni kalau tak rugi aku ntak dapat lalui kem yang sangat- sangat menyeronokkan ni.. Banyak aktiviti yang telah dibuat sepanjang kem ni.. Dan yang sangat menarik waktu explorace.. Korang nak tahu tak waktu explorace kumpulan ku dapat tugasan untuk tangkap tiga ekor nyamuk sorang.. Lawak kan..

Wednesday 5 December 2012

Maafkan Kami Gaza dan Syria

Assalamualaikum.. Tadi aku ada jalan- jalan dekat youtube jap.. Saje nak cari cerita baru.. Lepas tu aku ternampak satu link video pasal Ustaz Azhar Idrus ni.. Nampak macam menarik jugak.. Lagipun aku pun minat Ustaz Azhar Idrus ni.. Tajuk video tu "Maafkan Kami Gaza dan Syria.. Bila aku baca tajuk tu terus tergerak hati aku nak tengok video tu.. Ye lar kan tajuk dia pun dah macam menarik aku untuk tengok video tu.. Bila aku tengok video tu rasa terharu sangat dan rasa macam bersalah sangat.. Nak- nak pulak kita ni orang Islam lagi lar akan rasa sedih sangat.. Video ni pun macam bagi kesedaran dekat kau.. Sekarang ni pun kan tengah kalut pasal Gaza kan .. Aku rasa  elok sangat korang tengok video ni.. Kalau korang tengok video ni korang mesti akan rasa macam aku rasa ni..




Tuesday 4 December 2012

PeNgaLaman PeRtaMa JeJak KLCC

Hari ni aku nak citer pasal pengalaman pertama aku pergi KLCC.. Korang mesti terkejut kan kalau aku bagitahu yang aku tak pernah pergi KLCC.. Almaklumlah aku ni bukan orang KL atau Selangor yang boleh pergi KLCC nih.. Aku ni orang Kelantan macam mana lar aku nak pergi KLCC ni.. Jauh kot kalau aku nak pergi jalan-jalan dekat KLCC ni... Dulu pun matrik dekat Perlis jauh jugak kalau aku nak jalan-jalan dekat KLCC ni..Bila aku pun dah duk Selangor ni apalagi aku pun ambk lar kesempatan jalan-jalan dekat KLCC ni..Lepas tu nak dijadikan cerita plak masa aku dengan kawan- kawan aku pergi KLCC ni dah lewat.. Hari pun macam dah nak gelap hujan pulak tu.. Tak sempat aku nak naik KLCC tu sempat shopping je dekat situ.. Sedih tak.. Aku pergi sebab nak naik KLCC tu alih-alih jalan dekat bawah je.. Nasib baik gambar sempat ambil..hee~,, Tapi tak pe lain kali aku akan datang lagi.. Lama lagikan aku nak duduk dekat Selangor ni.. Kat bawah ni aku ada masukkan gambar masa dekat KLCC tu..

BrIgEd Al- QassAm

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai Briged Al- Qassam ni..Kebetulan pula aku kena buat slide pasal Briged Al-Qassam ni. Jadi aku pun rasa nak tahu lebih mendalam pasal briged Al-Qassam. Aku yakin mesti ada antara korang semua yang tak tahu mengenai Briged Al- Qassam. Briged Al- Qassam dinamakan bersempena nama Izz Ad-Din Al- Qassam, ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan  pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulann tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo.

Saturday 1 December 2012

IfOlIo - TuToRiAl UploAd JaWaPan TuGaSaN Di Ifolio

Hari ni aku akan teruskan tutorial ifolio saya dengan tutorial untuk upload jawapan tugasan yang diberikan oleh pensyarah di ifolio sekiranya pensyarah ingin pelajar mereka upload di ifolio. Dulu masa pensyarah aku suruh upload jawapan di ifolio ia menjadi masalah juga untuk aku kerana tak pernah tahu pun macam mana nak upload jawapan di ifolio. Nak- nak pulak ifolio tu baru digunakan untuk sem ni. Lepas tu aku cuba dan cuba akhirnya boleh juga upload jawapan tu. Jadi aku nak kongsikan dengan korang semua bagaimana cara nak upload jawapan ni di ifolio. Langkah pertama seperti biasa korang ifolio korang.. Lepas tu korang pilih subjek mana yang pensyarah korang suruh hantar jawapan tu lepas tu tekan link subjek tu seperti yang aku tunjuk dekat bawah ni..


Lepas korang tekan subjek yang korang nak tu, langkah sterusnya korang tekan task plak sperti yang aku tunjuk di bawah..

Thursday 29 November 2012

JoM GeLaK KeJap

ORANG ASLI

Cerita ini berlaku di satu perkampungan orang asli sewaktu sekumpulan askar datang membuat rondaan di kampung itu.. Tiba- tiba sekumpulan askar itu terjumpa sungai.. Di tepi sungai itu ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya.. Askar ini sebenarnya lapar dan mahu menangkap ikan di dalam sungai itu untuk dipanggang.. Seorang daripada askar itu pun menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu.. Ye lar kan.. Kena mintak izin dulu.. Mana lar tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok, banyak tak ikan dalam sungai ni???

IfOliO- TuToRiAl JoiN GrOuP Di IfOlio

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kongsikan cara bagaimana korang nak join group di ifolio. Sebelum ni kan aku ada kongsikan tutorial untuk pensyarah buat group di ifolio. Kali ni aku buat tutorial untuk korang semua tahu macam mana nak join group yang telah di buat oleh pensyarah sekiranya pensyarah tidak menetapkan ifolio untuk memilih ahli group tersebut. Ok langkah pertama korang buka ifolio korang. 


Jadi korang akan dapat macam ni kan... Lepas tu korang pilih subjek mana yang pensyarah korang dah buat group tu lepas tu pilih subjek tu.

Lepas tu korang akan dapat macam ni kan. Korang pilih link group untuk langkah seterusnya.

Friday 23 November 2012

IfOliO- TuToRiAl BuAt PenGuMuMan Di IfOliO

Hai semua.. Hari ni saya akan teruskan tutorial ifolio saya dengan tutorial untuk membuat pengumuman di ifolio plak.. Korang mesti nak tahu kan macam mana pensyarah kita buat pengumuman di ifolio dan macam mana pengumuman yang di buat tu boleh sampai ke emel kita juga. Pengumuman yang di buat oleh pensyarah kita memang akan sampai dekat emel kita kerana ifolio memang berhubung terus dengan emel kita.. Pengumuman yang di buat oleh pensyarah ni sangat penting kerana bermacam pengumuman yang akan di buat oleh pensyarah di ifolio seperti kuiz. Kalau kita terlepas untuk baca pengumuman tersebut kita tidak akan tahu berita pasal kuliah yang akan dibuat serta kuiz yang akan dilakukan oleh pensyarah kita. Jadi rajin- rajinkan lah diri korang untuk sentiasa buka ifolio dan emel korang..Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tutorial ini korang boleh tengok video tutorial di bawah ini..





CeRitA DaN HiKmAh BerPuAsA PaDa 10 MuHaRRaM


Assalamualaikum semua..
Hari ni aku nak ceritakan tentang hikmah jika kita berpuasa pada 10 Muharram ni.. Aku yakin korang semua mesti tahu kelebihan bulan Muharram ni yang juga bulan yang agung lagi penuh berkah ini. Bulan Muharram juga bulan yang afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan terutamanya pada 10 Muharram.
      Daripada Abi Hurairah r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
      Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Pertama aku nak ceritakan kepada korang semua apa yang terjadi pada 10 Muharram ni sampaikan Rasulullah berpuasa pada tarikh ni.. Mana tahu ada dalam kalangan korang semua yang tak tahu lagi apa peristiwa yang terjadi pada 10 Muharram ni kan..
Ceritanya seperti yang aku tulis di bawah..hehe.. Sebenarnya cerita ni aku copy dekat internet je..
        " Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahawa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi) "

Hikmah puasa pada hari ' asyura ( 10 Muharram)

       Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Ok sekian sahaja daripada aku tentang puasa pada 10 Muharram... 

Thursday 22 November 2012

IfOliO- TuToRiAl MemBuaT GrOuP Di IfOliO

Assalamualaikum.. Hari ni saya akan post tutorial tentang bagaimana nak buat group di ifolio.. Pensyarah terutamanya amat memerlukan tutorial ini sekiranya mereka ingin membuat group di ifolio.. Melalui tutorial ini pensyarah dapat membuat group di mana pelajar boleh memilih group mana yang mereka hendak join.. Selain itu melalui tutorial ini juga pensyarah boleh menggunakan ifolio dalam menentukan ahli kumpulan yang akan ada dalam group yang pensyarah wujudkan.. Di bawah ini saya ada sediakan video tutorial untuk  buat group di ifolio..


Harap dengan tutorial ini dapat membantu anda untuk membuat group di ifolio.. Sekian hingga berjumpa lagi di tutorial ifolio yang akan datang...

Wednesday 21 November 2012

MuTiArA KaTa

Hai semua.. Hari ni sebenarnya aku tak ada tajuk nak post. Dah puas fikir nak post pasal tajuk apa tapi tak jugak jumpa.. Tapi tangan ni plak macam gatal je nak post dekat blog aku ni.. Tengah aku fikir nak post pasal apa terjumpa plak pasal mutiara kata dekat google ni.. Bagus jugak p.cik google ni tolong bagi idea plak untuk aku nak post dekat blog ni.. Jadi dekat bawah ni ada beberapa mutiara kata yang korang boleh baca.. Ada untuk sahabat dan tentang cinta pun ada..
















Tuesday 20 November 2012

BiLa CiNtA BeRpUtIk. AdAkAh DiA JoDoHkU??

Ok untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya baca dari web i luv islam..Ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama dan tak ada kaitan dengan saya atau sesiapa pun.

"Tiada terfikir,

Terlintas Engkau akan tiba,

Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,

Engkaukan membuka,

Sempadan perasaan.

Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"

Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah. Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi. Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti? Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan. Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini. Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.


Harap anda semua dapat fahami dan renungkanlah apa yang sebenarnya artikel ini ingin sampaikan kepada kita..Sekian......





Monday 19 November 2012

SaHaBat SeJaTi KeKaL SepaNjanG HaYat

Sahabat!!! Saya pasti setiap orang pasti ada sahabat-sahabat yang mereka sayangi. Saya juga pasti orang yang hidup di dunia ini kalau tak ada sahabat adalah orang yang paling kesian di dunia ni. Tapi adakah sahabat yang bersama anda semua itu adalah betul sahabat sejati anda yang akan kekal sampai bila-bila??? Sesungguhnya untuk mencari sahabat sejati amatlah sukar. Saya sendiri mengalami kesusahan untuk mencari sahabat sejati. Orang kata sahabat sejati adalah sahabat di mana dia akan sentiasa berada dengan kita sama ada di kala susah atau senang, ketika kita gembira atau menangis dan ketika kita sihat atau sakit. Sahabat yang sebegini memang susah untuk di cari. Jadi hargailah sahabat anda sekiranya anda yakin bahawa dia adalah sahabat sejati anda. Jagalah hubungan anda dengan sahabat sejati anda kerana mereka pasti akan sentiasa menemani anda dalam apa jua keadaan. Saya hanyalah ingin kongsikan ini untuk renungan kita bersama dan sesungguhnya saya amat menyayangi sahabat-sahabat saya. Tanpa mereka siapalah saya..






      

IfOlio - KeleBiHaN DaN KelEmAhaN

Ok kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan dan kelemahan ifolio..Saya rasa ada di antara kalangan kita tidak tahu mengenai kelebihan dan kelemahan ifolio ini. Untuk pengetahuan anda semua kelebihan dan kelemahan ini adalah mengikut kajian saya sendiri. Saya telah cuba mencari tentang kelebihan dan kelemahan ini di internet tapi tak jumpa. Jadi saya telah membuat kajian sendiri mengenai kelebihan dan kelemahan ifolio. Lagipun pengalaman saya menggunakan ifolio selama nak dekat 5 bulan dah ni boleh lar saya gunakan dalam mengkaji kelebihan dan kelemahan ifolio ini..

Kelebihan Ifolio

- Dapat menghubungkan pensyarah dan pelajar dengan cepat dan mudah tanpa memerlukan pelajar untuk ke bilik pensyarah.
- Memudahkan pensyarah untuk memuat naik tugasan kepada pelajar serta memudahkan pensyarah untuk menyemak jawapan tugasan yang diberikan kepada pelajar kerana pelajar dapat memuat naik jawapan mereka di ifolio.
- Pensyarah boleh membuka ruangan perbincangan untuk pelajar melontar idea mereka dalam ifolio.
- Memudahkan pelajar untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah melalui komen yang diletakkan oleh pelajar dalam ifolio.


Kelemahan Ifolio

- Kadang-kadang pelajar tidak dapat mengakses ifolio kerana masalah yang terdapat pada ifolio itu sendiri.
- Pelajar juga mengalami masalah untuk memuat naik jawapan tugasan yang diberikan oleh pensyarah apabila ifolio tidak boleh diakses.
- Pelajar menjadi malas untuk ke bilik pensyarah apabila adanya ifolio.
- Ifolio mengurangkan komunikasi secara lisan antara pensyarah apabila sering menggunakan ifolio untuk bertanyakan soalan serta menghantar jawapan tugasan.


Harap apa yang saya kongsikan ini dapat diterima oleh anda semua..Seandainya ada salah tentang maklumat yang saya kongsikan ini saya minta maaf kerana ini hanyalah andaian saya sahaja berdasarkan pengalaman yang saya lalui.
Sekian....

Sunday 18 November 2012

JoM SaNtai KeJap

Cerita 1
Kapal dan Duit Syiling
Linda : Mira saya nak bagi awak satu soalan boleh tak??
Mira : Boleh saja..
Linda : Antara kapal dan duit syiling, mana yang paling berat?
Mira : Dah tentulah kapal!
Linda : Salah..! Jawapannya ialah duit syiling.
Mira : Sebabnya? Linda : Sebab kalau kapal diletakkan di atas air, ia tidak akan tenggelam. Tapi kalau duit syiling, ia akan tenggelam..betul tak?
Mira : Hah!! Yelah tu..(bengang)
Cerita 2
Bunga
Setelah lama tidak berjumpa, Mary dan Rose terserempak di sebuah pasaraya.
Mary : Bagaimana kerja awak di kedai bunga tu?
Rose : Saya telah dipecat.
Mary : Kenapa?
Rose : Semasa menguruskan penghantaran bunga kedua buah tempat berbeza iaitu di majlis perkahwinan dan majlis pengebumian, saya telah membuat kesilapan.
Mary : Apa yang telah awak buat?
Rose : Bunga yang sepatutnya di hantar ke majlis pengebumian telah saya hantar ke majlis perkahwinan dengan ucapan ‘takziah’. Manakala bunga berserta kad untuk perkahwinan pula saya hantar terhantar ke majlis pengebumian.
Mary : Apa yang tertulis di kad ucapan itu?
Rose : ‘Tahniah! Semoga berbahagia di kediaman baru anda ‘.
Harap anda semua dapat bersantai dengan lawak yang tidak seberapa ni...

IfOLio- tuTorIaL UnTuk MeMbuaT RuanGan TasK

Assalamualaikum..Untuk post saya kali ini saya post tutorial bagi pensyarah untuk memuat naik tugasan yang ingin diberikan kepada pelajar mereka melalui ifolio. Tutorial ini mengajar pensyarah macam mana hendak memuat naik tugasan untuk pelajar mereka. juga boleh menentukan kumpulan untuk pelajar mereka melalui task ini. Selain itu pensyarah juga dapat membuat satu ruang bagi pelajar mereka untuk memuat naik jawapan mereka bagi tugasan yang pensyarah telah berikan. Ini dapat memudahkan pensyarah untuk menyemak jawapan yang pelajar mereka berikan dengan cepat dan mudah. Harap dengan tutorial ini dapat lah anda semua tahu macam mana nak memuat naik tugasan di ifolio terutamanya kepada pensyarah yang menggunakan ifolio...

Friday 26 October 2012

PeNgaLamAN PaHIt DI HaRi RAya

Sempena hari raya aidiladha ini aku juga ingin post mengenai pengalaman raya ku kali ni.Sesungguhnya raya aku kali ini adalah raya yang paling teruk pernah aku alami dan aku harap selepas ini aku tidak akan alami raya seperti ini lagi..ok nak dijadikan cerita;~ Sebulan sebelum raya semua kawan-kawan aku sibuk cari tiket dan aku buat cam biasa je sebab aku ingatkan tiket tu banyak lagi. Dah nak dekat 3 minggu sebelum raya aku mintak tolong bapa saudara aku tolong belikan tiket. Sekali bapa saudara aku tu bagitau tiket nak balik kelantan dah habis. Ok waktu tu aku rasa macam nak nangis je. tapi disebabkan dekat Selangor dan Kuala Lumpur ni ramai bapa saudara aku sedapkan hati aku untuk beraya dekat rumah bapa saudara aku dekat Rawang. Lagipun bapa saudara aku ni pula rajin nak datang ambil dekat UKM ni. Dia janji nak datang ambil pukul 7 sekali dia datang awal pula dalam pukul 4 lebih. Kalut pulak aku simpan baju untuk balik. Bila dia dah sampai tu aku terpaksa minta tolong dia hantar aku pergi FEP sebab nak hantar barang dekat seseorang. Dah habis hantar barang tu tiba-tiba selipar aaku tercabut tapak. Aku dah tak boleh fikir apa lagi terpaksa bertahan sampailah aku tiba dekat rumah bapa saudara aku tu. Sampai dekat sana baru aku teringat yang aku lupa bawa berus gigi dan baju kurung untuk raya. Masa tu aku terfikir betapa malangnyer nasib aku. DAh lar tak dapat balik raya dekat kampung lepas tu selipar rosak, baju raya pula lupa nak bawa balik sekali.. Dan akhir sekali pada pagi raya tu terpaksa lah aku beraya dengan pakai seluar slack dengan t-shirt je. Aku pun dah menyesal giler. Lepas ni memang aku takkan beli tiket last minit macam tu lagi.. Serik kot bila jadi macam ni. Dah lar ni kali pertama aku beraya tanpa mak ayah aku.Apa-apa pun aku ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua yang mengenali aku..

Tuesday 16 October 2012

PeNgeNalAn IfoLio

Assalamualaikum semua..Hari ni saya akan mulakan post bertema saya. Dah lama sangat saya fikir macam mana nak mulakan post bertema ni. Jadi hari ni saya akan cuba memulakan post bertema ini. Ok untuk pengetahuan anda semua ifolio adalah sistem baru yang digunakan di UKM. Sistem ini mula digunakan pada semester 1 2012/2013. Sebelum ini sistem yang digunakan adalah Spin. Untuk mengakses ke program ifolio ini pensyarah perlu menggunakan ID UKMPer dan kata laluan seperti dalam eWarga, manakala bagi pelajar UKM, anda boleh mengakses ke program ifolio ini dengan menggunakan ID nombor matrik dan kata laluan seperti dalam SMPWeb. Ifolio juga mempunyai banyak kebaikan berbanding Spin. Antaranya ialah


  • pensyarah dapat berhubung dengan plajar dengan lebih mudah.
  • pensyarah juga dapat memuat naik nota-nota serta soalan tutorial dengan lebih cepat.
  • dalam ifolio juga terdapat ruangan perbincangan di mana pelajar dan pensyarah dapat berbincang pelbagai soalan yang diajukan.
  • pelajar-pelajar juga boleh bertanya soalan mengenai tugasan serta soalan tutorial melalui ifolio kepada pensyarah mereka.











Friday 12 October 2012

TiDak IkHlas: DiSEret Ke NerAka

Hai semua...dah lama sangat tak post dekat blog ni...sibuk sangat, tambahan pula tak ada idea nak post apa dekat blog ni..ni pun baru dapat idea nak post sebab tadi baca majalah solusi ingat nak kongsi sikit apa yang saya baca ni..semoga boleh jadi pengajaran nanti. ok tadi saya ada baca mengenai orang yang tidak ikhlas diseret ke neraka. Nak dijadikan cerita :


Abu Hurairah mendengar s.a.w bersabda yang bermaksud:
   "Mula-mula manusia yang akan diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang gugur dalam medan peperangan. Dia didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat yang telah Allah berikan kepadanyasemasa didunia sehingga dia nmelihatnya. Allah bertanya:' Apakah yang telah kamu buat ke atas nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: ' Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur syahid.'
    Allah berfirman: ' Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu digelar seorang  yang berani dan gelaran itu telah diberikan.' Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.
     "Kemudian orang yang Allah luaskan dan kurniakan kepadanya berbagai-bagai jenis harta seluruhnya, dia didatangkan kepada Allah lalu diperlihatkan nikmat-Nya yang telah diberikan kepadanya sehingga dia melihatnya,  Allah bertanya:'Apa yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: 'Aku tidak meninggalkan satu jalan yang Engkau sukai supaya bersedekah kerana-Mu.'
     Allah berfirman: 'Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya disebut sebagai dermawan, dan gelaran tersebut telah diberikan.' Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka..

Ok, saya harap anda semua dah baca cerita di atas. Pengajaran yang saya dapat kongsikan kepada anda semua terutamanya dengan keadaan kita sebagai seorang pelajar ialah janganlah kita belajar hanya semata-mata untuk ujian yang kita perlu ambil dan hendak mengejar PNGK 4.0. Sepatutnya kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. Sesungguhnya apabila kita ikhlas melakukan sesuatu Allah s.w.t, akan sentiasa merahmati kita..


Thursday 4 October 2012

SaLam PeNgEnalaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok saya sebenarnya tidak tahu macam mana nak mulakan post ni. saya pun sebelum ni tak pernah buat blog dan tak pernah tau cara nak buat blog. ni kira pengalaman pertama saya buat blog dan post benda-benda macam ni. saya pun tak pernah sangka bila datang dekat ukm ni kena buat benda-benda macam ni. tapi saya jadikan ini satu pengalaman baru dalam hidup saya iaitu mempunyai blog sendiri. saya harap saya boleh jadikan blog ini menarik dan dapat mengisi banyak maklumat untuk semua yang sudi baca blog saya ni. pada mentor saya iaitu Kak Natasha dan Kak Rohana boleh lar turunkan ilmu membuat blog akak sebelum ni kepada saya ya. oh lupa plak nak kenalkan diri. nama saya Satirah Binti Zainudin korang semua boleh panggil saya satirah. ok korang semua mesti nak tahu tema untuk blog saya kan. tema untuk blog saya ialah IFOLIO. bagus tak.haha.ok saya tahu tema blog saya ni membosankan dan saya sendiri pun tak tahu nak post apa mengenai ifolio ni, tapi bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. rasanya betul kot. kalau rasa salah tolong betulkan ya. jadi saya akan cuba buat agar post mengenai ifolio ini lebih menarik. sekian..
tengok burung boleh buat takkan saya x bleh buat kan...caiyok2..